Powered By Blogger

Saturday, 7 May 2011

Selamat Hari Ibu , Mak .

 Buatmu Ibu <3<3<3

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

 Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

* Lirik ni terlalu cukup mendalam bagi kite . lagu buatmu ibu ni mmg khas untuk mak kite . Pn. Seniah Binti     Shapiee . Along sayang mak . trima kasih mak di atas segalanya .. mak bnyk berkorban utk along . Along mintak mak itu , mintak ini .. semua mak bagi . sampai x prnah fkir dri mane dtg nye sume bnde2 yg along mintak mak bgi . duit along mintak , mak bg . Along mintak maaf mak kalau selama ni along de sakitkan hati mak . along mintak maaf sgt2 . Along akn blajar brsungguh2 . utk tlong mak ngn abah ! SELAMAT HARI IBU MAK . <3<3<3

No comments:

Post a Comment